2021, April, Health Info

Pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Menurut Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat pelbagai kepentingan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan bagi umat Islam. Definisi puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Puasa merupakan satu cara yang amat baik untuk meningkatkan kesihatan kerana berpuasa membolehkan anda merehatkan sistem penghadaman.

Antara manfaat berpuasa adalah:

  • Mengurangkan berat badan.
  • Merendahkan paras kolesterol darah.
  • Merendahkan kandungan gula dan trigliserida dalam darah.
  • Merendahkan tekanan darah.

Khasiat dan kebaikan kurma

Panduan pemakanan semasa berbuka

  • Makan secara berpada. Elakkan sikap gelojoh, dan berbuka lah mengikut sunnah.
  • Makan 3 biji kurma dan segelas air kosong untuk mengembalikan tenaga anda.
  • Elakkan minuman manis ketika berbuka. Sekiranya ingin mengambil minuman manis, terhadkan kepada satu gelas sahaja.
  • Amalkan sifat bersederhana ketika berbuka. Elakkan makan berlebihan dan terlalu mengikut nafsu.
  • Makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula harus dielakkan.

Panduan pemakanan semasa sahur

  • Ambil makanan yang mengenyangkan seperti nasi, roti atau oat.
  • Ambil buah dan sayur.
  • Minum air secukupnya.
  • Lewatkan waktu bersahur.